Wednesday 7 December 2011

Ally Iskandarputus tunang?

Tengah lepak2 kt "office" tadi, rase rajin lak nak baca gosip2 artis..Harap x keterlaluan la, pasal hal2 artis ni aku malas nak ambik 'port'. Baik aku duk 'update' blog dengan story pasal bola ke, makan2 ke, ape2 jela selain dari artis.. Tapi tula, benda yang tergezut camni nak gak bercerita... Mungkin ramai yang dah tahu, dan langsung tak tahu.. So, yang tak tahu la kena baca artikel ni sikit.hehe..
Tapi, aku menulis di blog pon berdasarkan sumber berita, tak nak aku memandai buat kenyataan..Okey! dari sumber yang dirahsiakan mengatakan selebriti TV3 yang selalu muncul kat Tv tu, dah putus tunang dengan tunangnya iaitu Nur Aisyah (bekas naib juara program realiti gadis melayu). Perkara tersebut diketahui selepas Nur Aisyah mengemaskini status facebook nya "im officially single" (so, ape maknenye tu?) 
Betul la kan...(pasni, mana2 jejaka yang single tu boleh lah slow2 'add' beliau 'as friend', dan 'private message' jjiwang2)...huhuhu...Sumber dari rakan rapat Nur Aisyah memberitahu hubungan antara Ally dan Nur Aisyah akibat daripada kesibukan kedua2 nya dalam menguruskan kerjaya masing2.. Mereka juga dikatakan masih lagi tidak mengeluarkan apa2 kenyataan pada media buat masa ni..
Note- ermmm...ramailah 'friend' lelaki Nur Aisyah dalam facebook pasni..

Like dan komen la sikit

Neelofa perampas?

Istimewa kepada peminat2 Neelofa, ini ada beberapa petikan dialog antara beliau dan wartawan majalah.
Dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan cinta yang terjalin antara aktres Maria Farida dan Shahz Jaszle, nama Neelofa sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan ini tercalar. Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa binti Mohd Noor, bukan sahaja dijadikan penyebab keretakan hubungan pasangan itu, malah dia juga dikatakan sedang bermain cinta bersama Shahz Jaszle. Hubungan yang terjalin sewaktu mereka sama-sama menjayakan penggambaran filem terbaru arahan Aziz M. Osman, Azura 2011 itu dikatakan menjadi intim lantas membuatkan shahz Jaszle memutuskan hubungannya bersama Maria Farida setelah enam bulan mereka menjalinkan hubungan cinta.  Selain itu, Shahz juga dikatakan sanggup memandu seorang diri untuk bertemu Neelofa di Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut hari lahir wanita itu dan ia sekali gus menjadi punca Maria Farida menolak untuk bergandingan dengannya semula dalam drama bersiri, Asmara 2. Ini antara dialog mereka....

Menyangkal seratus peratus dakwaan yang mengatakan dia menjalinkan hubungan bersama Shahz, Neelofa yang mesra di sapa Lofa itu menegaskan hubungannya dengan Shahz tidaklah serapat mana. Apa sebenarnya hubungan antara Shahz dan lofa?
Saya tiada apa-apa hubungan dengan Shahz, apatah lagi kami baru sahaja berkenalan sewaktu di Paris tempoh hari. Sebelum ini saya tidak pernah mengenali Shahz. Saya baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasih saya, pada awal Januari yang lalu, jadi tidak mungkin dalam masa terdekat ini saya boleh menerima cinta daripada orang lain.
Lofa tahu Shahz kekasih Maria Farida?
Saya tahu, dan saya tahu hubungan mereka sudah mula berantakan sewaktu Maria Farida tidak membenarkan Shahz menerima tawaran filem Azura 2011 ini. Ini bermakna sebelum Shahz ke Paris, mereka sudah mula bergaduh dan hubungan mereka sudah renggang. Walaupun begitu,saya tidak pernah ambil kisah ataupun bertanya pada Shahz tentang hubungan mereka, walaupun sering saja lihat Shahz bergaduh di telefon.

Maria ada hubungi Lofa?
Ada beberapa kali dia hubungi saya, yang pertama dia membuat panggilan menggunakan ‘private number’ dan kemudiannya hanya menggunakan sms tetapi saya tidak layan. Dia bertanya dengan cara baik dan bukan dalam keadaan marah-marah, iaitu sama ada betul saya bercinta dengan Shahz? dan saya sudah menerangkan perkara yang sebenar walaupun saya tahu dia tidak percaya kata-kata saya. Saya hanya bercakap benar, saya sudah beritahu semuanya. Selepas cerita ini keluar surat khabar Ahad lalu, dia tidak ada lagi menghubungi saya.
Benarkah Shahz Ke Pulau Pinang untuk sambut hari lahir Lofa?
Tidak! kalaulah boleh pihak produksi Asmara 2 mengeluarkan kenyataan, rasanya mereka setuju dengan kata-kata saya. Jadual Shahz penuh, jadi mana dia ada masa untuk datang ke Pulau Pinang semata-mata untuk sambut hari lahir saya sahaja.

Selepas pulang daripada Paris, Shahz dan Lofa masih berhubung?
Penggambaran kami masih belum selesai, jadi kami masih berhubung untuk menguruskan beberapa perkara yang berkaitan seperti urusan memulangkan pakaian tajaan, selain itu tiada. Cuma, selepas cerita ini keluar akhbar, Shahz ada hubungi saya supaya tidak terlalu memikirkan perkara ini kerana ia hanya gosip dan ia akan reda di kemudian hari. Dia juga minta maaf pada saya dan keluarga, kerana turut terkena tempias daripada gosipnya.

Secara jujurnya, bagaimana Lofa menerima gosip ini?
Saya seorang yang simple, senang berkawan dan mudah mesra, tetapi bila membabitkan sesuatu yang kurang enak pada kerja dan nama saya, sebolehnya saya akan cuba menjelaskan secara tegas tentang keadaan sebenar. Kalau kenyataan itu tidak benar, dan saya mempunyai hak bersuara, saya akan bersuara bagi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Bagaimana dengan perkembangan filem Azura 2011?
Setakat ini kami baru habis lakukan 12 babak, dan masih belum menjalankan penggambaran di Malaysia. Penggambaran akan dilakukan semula selepas Abang Aziz M. Osman selesai menunaikan umrah nanti.
Shahz juga sibuk dengan penggambaran Asmara 2, jadi mungkin dalam bulan April ataupun Mei kami akan sambung penggambaran semula. Saya memang teruja untuk berlakon filem ini, kerana ia merupakan lakonan pertama saya.
FOTO: Ihsan majalah WANITA
Sumber : majalah mangga

Like dan komen la sikit

Diabetes pembunuh mengejut ?

Kematian mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008 memeranjatkan ramai orang.
Tidak terkecuali Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom, 50, dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, pada tahun 2009.
Kesemua mereka meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.
Biarpun begitu, petanda awal kepada serangan jantung itu sudah diduga kerana masing-masing merupakan penghidap diabetes.

Perkara tersebut diakui oleh Ketua Endikronologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Nor Azmi Kamaruddin.
Jelas Nor Azmi, selain daripada kesan fizikal seperti gangren iaitu anggota tubuh mati atau membusuk akibat diabetes, penyakit itu juga menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain.
“Ramai orang yang hanya mengaitkan diabetes dengan kesan buruk yang berakhir dengan kaki pesakit terpaksa dipotong. Namun, hakikatnya ia boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi buah pinggang, katarak mata, sakit jantung dan serangan angin ahmar,” kata Nor Azmi.
Menurut kajian di Amerika Syarikat, sakit jantung yang berpunca daripada diabetes merupakan sebab utama kematian di negara itu iaitu sebanyak 55 peratus. Sebanyak 10 peratus pula kematian disebabkan angin ahmar yang berpunca daripada diabetes.

Obesiti
“Statistik itu hampir sama jika dibandingkan dengan pesakit di Malaysia.
“Justeru anda seharusnya mengambil langkah yang penting bagi mengelakkan kedua-dua penyakit yang boleh meragut nyawa itu,” katanya ketika membentangkan hasil kaji selidik pesakit diabetes PPUKM di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam kaji selidik tersebut, pihaknya mendapati majoriti penghidap penyakit itu terdiri daripada mereka yang mengalami obesiti.
Perkara itu dibuktikan apabila 62 peratus responden dalam kajian tersebut adalah terdiri mereka yang mengalami obesiti ketika pertama kali didiagnosis dengan diabetes.
“Pesakit yang mengalami obesiti dan berat badan berlebihan mempunyai risiko yang besar dalam menyebabkan komplikasi penyakit diabetes.
“Justeru perkara utama yang perlu dilakukan bagi mengelakkan penyakit jantung dan angin ahmar serta penyakit bahaya lain yang disebabkan oleh penyakit diabetes adalah dengan mengawal berat badan,” katanya lagi.

Kebimbangan terhadap penularan penyakit tersebut perlu diambil kira kerana kira-kira seorang daripada tujuh rakyat Malaysia merupakan penghidap diabetes.
Tambah Nor Amin, kaedah utama untuk menjauhkan diri daripada masalah diabetes adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Bukan sahaja dengan mengawal makanan yang diambil bahkan bersenam sebagai kaedah pencegahan.
“Jika kita mengubah gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sekarang, ini bermakna statistik obesiti dan penyakit diabetes di negara ini akan menurun dalam tempoh 20 tahun lagi.
“Memang payah untuk mengurangkan berat badan dan mengawal diabetes. Tetapi dengan kaunseling yang betul dan intervensi gaya hidup, hal ini boleh diatasi,” katanya.
Jelas Nor Azman lagi, ibu bapa seharusnya peka terhadap masalah obesiti dalam kalangan anak-anak kerana masalah obesiti di peringkat umur tersebut sukar dikawal kerana faktor perkembangan sel.
Berbeza pula seseorang yang mengalami kegemukan pada usia dewasa kerana ia kurang melibatkan penghasilan sel lemak baharu.
“Kegemukan pada usia kanak-kanak melibatkan penghasilan sel. Justeru adalah begitu sukar untuk mengurangkan berat badan mereka.
“Berbeza pula bagi golongan dewasa kerana kegemukan berlaku akibat pembesaran saiz sel tersebut dan lebih mudah untuk menurunkan berat badan,”

**Sumber dari petikan kosmo (kesihatan)**



Like dan komen la sikit

Sotong "messi" pilih Barcelona.

SOTONG kurita yang bernama Messi nerada di atas dua bekas yang berlogo kelab bola sepak Real Madrid dan sebuah bekas tertera logo kelab bola sepak Barcelona

Sepanyol - Seekor sotong kurita yang bernama Messi meramalkan kelmarin bahawa kelab bola sepak Barcelona menang mengatasi Real Madrid dalam perlawanan bola sepak (El classico) pada Sabtu ini. Sotong kurita yang bernama Messi berada di atas dua bekas yang berlogo kelab bola sepak Real Madrid dan sebuah bekas tertera logo kelab bola sepak Barcelona.
Sotong itu diberi nama Messi sempena nama bintang bola sepak dari Argentina, Lionel Messi.
Haiwan itu meramalkan pemenang dengan memilih sardin yang akan dimakan dari dalam sebuah botol yang mempunyai logo Barcelona di Akuarium Sea Life di sini.
Barcelona akan menentang Real Madrid di tempat sendiri.
Pada Pusingan Akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, seekor sotong kurita bernama Paul menjadi terkenal dengan meramalkan dengan tepat semua keputusan perlawanan yang melibatkan skuad Jerman termasuk perlawanan akhir yang dimenangi Sepanyol.
Paul yang hidup di akuarium di Oberhausen, Jerman mati pada 26 Oktober 2010. 
**sumber dari AFP **

Like dan komen la sikit

Keluarga memiliki 2 alat kelamin???

 Keadaan “aneh” dilaporkan dialami tiga ahli satu keluarga di sebuah kampung di daerah Tegal, Jawa Tengah, di sini kerana masing-masing memiliki kedua-dua alat kelamin perempuan dan lelaki.
Yang tua sekali hanya dikenali sebagai Santi berusia 23 tahun sudah pun menjalani pemeriksaan di hospital yang mengesahkan “keadaan tidak jelas” mengenai alat kelaminnya, manakala dua anak saudaranya, Zakaria dan Topan, masing-masing berumur lapan dan satu tahun belum diperiksa.


Gambar hiasan
Doktor yang memeriksa Santi, Dr Silvan Wahyudi dari Pusat Kesihatan Masyarakat Bumijawa berkata kes Santi telah dirujuk ke hospital daerah untuk ujian makmal dalam menentukan jenis hormon yang lebih dominan dalam tubuhnya.
Bagaimanapun pemeriksaan secara fizikal mendapati Santi memiliki dua alat kelamin yang sama-sama berfungsi dan doktor memberitahu Santi boleh memilih jantina dikehendakinya melalui pembedahan.
Akhbar harian Kompas, dalam laporannya hari ini memetik Dr. Silvan sebagai berkata bahawa ibu Santi, Poniah, 46, memberitahu semasa dilahirkan Santi berkelamin perempuan namun setelah berusia sembilan bulan alat kelamin lelakinya mula kelihatan.
Gambar Hiasan
Santi sendiri diberitakan melalui pengalaman pahit dipukul oleh orang ramai kerana didakwa menyamar sebagai perempuan apabila dia menyertai pelajar perempuan semasa pengajian di sekolah.
Dia lebih suka memilih menjadi perempuan kerana setiap bulan mengalami kedatangan haid dan alat kelamin lelakinya tidak “sempurna” namun suara seperti lelaki dan payu daranya pula tidak kelihatan.
Laporan itu menyebut bahawa Zakaria dan Topan, anak-anak kepada sepupu Santi, mengalami keadaan hampir serupa tetapi bagi Zakaria alat kelamin perempuannya mula ”tertutup” manakala alat kelamin lelakinya juga ”tidak sempurna”.
Dr Silvan berkata keadaan yang dialami Santi dan dua orang anak saudaranya itu adalah disebabkan faktor genetik. 
**Sumber dipetik dari Bernama**

Like dan komen la sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...