Friday 9 December 2011

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Ikutilah sedutan perjalanan hidup seorang penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam mendekati dan berdakwah pada golongan2 muda & remaja. 

Like dan komen la sikit

Thursday 8 December 2011

Cara tangani mengantuk ketika khutbah(Ustaz Azhar)


Sesuai dipraktiskan bagi yang selalu je nak terkatub mata nya tu 'time' nk mula khutbah sampai habis..


Like dan komen la sikit

Amalan Sunnah Muharam

Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.
Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan

‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”
Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.
” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.
Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.
Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”
Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.
Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)
**sumber dari Ustaz Azhar.net**

Like dan komen la sikit

Artis serang Felda Purun?

Lebih 30 wakil media dan artis akan  menyertai satu program khas di Felda Purun yang antara lain memberi peluang kepada peserta melihat sendiri dan merasai aktiviti seharian peneroka tanah rancangan. Peserta dari Kuala Lumpur dan Pahang itu akan tinggal bersama-sama 15 keluarga angkat di Felda Purun sepanjang program yang dilangsungkan tiga hari dan diberi nama ‘Seranta Serancangan Bersama Media - Edisi Mendakap Keberkatan’ itu. Penolong Pengarah Kanan (Komunikasi dan Maklumat), Seranta (Felda) Jabatan Perdana Menteri, Zamsari Jumani berkata, program itu dimulakan dengan majlis penyerahan peserta kepada keluarga angkat masing-masing diikuti dua sesi rakaman Forum Perdana yang dipengerusikan Professor Dr Ridhuan Tee Abdullah.Zamsari berkata, chef selebriti, Jaafar Onn turut menunjukkan demonstrasi memasak selain menghakimi pertandingan menghias sebelum merakamkan rancangan ‘Dapur Anggun’ yang menyaksikan Ismail Sabri selaku tetamu kehormat.
chef jemputan (jaafar on)
Beliau berkata, peserta menyertai keluarga angkat masing-masing dalam pelbagai aktiviti termasuk kaedah kerja di ladang sawit, sukan serta program rekreasi. Imam Muda Ahsraf akan turut menyertai rakaman program ‘Ta’lim’ di Felda berkenaan malam ini dan turut terbabit dalam program kebudayaan diatur penduduk.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan merasmikan program itu di padang awam Felda Purun, petang esok.

Like dan komen la sikit

OH! Nd Lala dirompak?





Keadaan cermin kereta ND Lala selepas dipechakan
Apa kes pulak dengan penyanyi veteran kita ni, ND Lala yang popular dengan lagu PM Kita kerugian RM2,500 apabila telefon bimbit dan kunci kereta miliknya dirampas sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang di sini semalam. Dikhabarkan kejadian mencemaskan pada pukul 3.40 pagi itu berlaku ketika ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh berhenti di stesen minyak itu untuk ke tandas.
Tempat kejadian (bulatan)
Selepas keluar dari tandas, artis yang berusia 50 tahun itu masuk semula ke dalam kereta BMW miliknya. Ketika sedang menyemak khidmat pesanan ringkas (SMS) pada telefon bimbit, bapa kepada naib juara program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua, Sheila Amzah tiba-tiba dikerumuni sekumpulan sepuluh hingga 15 lelaki yang menunggang 10 buah motosikal. Sumber berkata, salah seorang daripada suspek itu bertindak memecah cermin sebelah pemandu menggunakan topi keledar. "Selepas itu, suspek-suspek terbabit dipercayai kumpulan pelesit rempit merampas telefon bimbit jenis iPhone 4 dan kunci kereta mangsa. Suspek terus meninggalkan mangsa selepas memiliki barangbarang tersebut...

Note - ni barulah patah seribu hatiku....



Like dan komen la sikit

Wednesday 7 December 2011

Ally Iskandarputus tunang?

Tengah lepak2 kt "office" tadi, rase rajin lak nak baca gosip2 artis..Harap x keterlaluan la, pasal hal2 artis ni aku malas nak ambik 'port'. Baik aku duk 'update' blog dengan story pasal bola ke, makan2 ke, ape2 jela selain dari artis.. Tapi tula, benda yang tergezut camni nak gak bercerita... Mungkin ramai yang dah tahu, dan langsung tak tahu.. So, yang tak tahu la kena baca artikel ni sikit.hehe..
Tapi, aku menulis di blog pon berdasarkan sumber berita, tak nak aku memandai buat kenyataan..Okey! dari sumber yang dirahsiakan mengatakan selebriti TV3 yang selalu muncul kat Tv tu, dah putus tunang dengan tunangnya iaitu Nur Aisyah (bekas naib juara program realiti gadis melayu). Perkara tersebut diketahui selepas Nur Aisyah mengemaskini status facebook nya "im officially single" (so, ape maknenye tu?) 
Betul la kan...(pasni, mana2 jejaka yang single tu boleh lah slow2 'add' beliau 'as friend', dan 'private message' jjiwang2)...huhuhu...Sumber dari rakan rapat Nur Aisyah memberitahu hubungan antara Ally dan Nur Aisyah akibat daripada kesibukan kedua2 nya dalam menguruskan kerjaya masing2.. Mereka juga dikatakan masih lagi tidak mengeluarkan apa2 kenyataan pada media buat masa ni..
Note- ermmm...ramailah 'friend' lelaki Nur Aisyah dalam facebook pasni..

Like dan komen la sikit

Neelofa perampas?

Istimewa kepada peminat2 Neelofa, ini ada beberapa petikan dialog antara beliau dan wartawan majalah.
Dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan cinta yang terjalin antara aktres Maria Farida dan Shahz Jaszle, nama Neelofa sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan ini tercalar. Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa binti Mohd Noor, bukan sahaja dijadikan penyebab keretakan hubungan pasangan itu, malah dia juga dikatakan sedang bermain cinta bersama Shahz Jaszle. Hubungan yang terjalin sewaktu mereka sama-sama menjayakan penggambaran filem terbaru arahan Aziz M. Osman, Azura 2011 itu dikatakan menjadi intim lantas membuatkan shahz Jaszle memutuskan hubungannya bersama Maria Farida setelah enam bulan mereka menjalinkan hubungan cinta.  Selain itu, Shahz juga dikatakan sanggup memandu seorang diri untuk bertemu Neelofa di Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut hari lahir wanita itu dan ia sekali gus menjadi punca Maria Farida menolak untuk bergandingan dengannya semula dalam drama bersiri, Asmara 2. Ini antara dialog mereka....

Menyangkal seratus peratus dakwaan yang mengatakan dia menjalinkan hubungan bersama Shahz, Neelofa yang mesra di sapa Lofa itu menegaskan hubungannya dengan Shahz tidaklah serapat mana. Apa sebenarnya hubungan antara Shahz dan lofa?
Saya tiada apa-apa hubungan dengan Shahz, apatah lagi kami baru sahaja berkenalan sewaktu di Paris tempoh hari. Sebelum ini saya tidak pernah mengenali Shahz. Saya baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasih saya, pada awal Januari yang lalu, jadi tidak mungkin dalam masa terdekat ini saya boleh menerima cinta daripada orang lain.
Lofa tahu Shahz kekasih Maria Farida?
Saya tahu, dan saya tahu hubungan mereka sudah mula berantakan sewaktu Maria Farida tidak membenarkan Shahz menerima tawaran filem Azura 2011 ini. Ini bermakna sebelum Shahz ke Paris, mereka sudah mula bergaduh dan hubungan mereka sudah renggang. Walaupun begitu,saya tidak pernah ambil kisah ataupun bertanya pada Shahz tentang hubungan mereka, walaupun sering saja lihat Shahz bergaduh di telefon.

Maria ada hubungi Lofa?
Ada beberapa kali dia hubungi saya, yang pertama dia membuat panggilan menggunakan ‘private number’ dan kemudiannya hanya menggunakan sms tetapi saya tidak layan. Dia bertanya dengan cara baik dan bukan dalam keadaan marah-marah, iaitu sama ada betul saya bercinta dengan Shahz? dan saya sudah menerangkan perkara yang sebenar walaupun saya tahu dia tidak percaya kata-kata saya. Saya hanya bercakap benar, saya sudah beritahu semuanya. Selepas cerita ini keluar surat khabar Ahad lalu, dia tidak ada lagi menghubungi saya.
Benarkah Shahz Ke Pulau Pinang untuk sambut hari lahir Lofa?
Tidak! kalaulah boleh pihak produksi Asmara 2 mengeluarkan kenyataan, rasanya mereka setuju dengan kata-kata saya. Jadual Shahz penuh, jadi mana dia ada masa untuk datang ke Pulau Pinang semata-mata untuk sambut hari lahir saya sahaja.

Selepas pulang daripada Paris, Shahz dan Lofa masih berhubung?
Penggambaran kami masih belum selesai, jadi kami masih berhubung untuk menguruskan beberapa perkara yang berkaitan seperti urusan memulangkan pakaian tajaan, selain itu tiada. Cuma, selepas cerita ini keluar akhbar, Shahz ada hubungi saya supaya tidak terlalu memikirkan perkara ini kerana ia hanya gosip dan ia akan reda di kemudian hari. Dia juga minta maaf pada saya dan keluarga, kerana turut terkena tempias daripada gosipnya.

Secara jujurnya, bagaimana Lofa menerima gosip ini?
Saya seorang yang simple, senang berkawan dan mudah mesra, tetapi bila membabitkan sesuatu yang kurang enak pada kerja dan nama saya, sebolehnya saya akan cuba menjelaskan secara tegas tentang keadaan sebenar. Kalau kenyataan itu tidak benar, dan saya mempunyai hak bersuara, saya akan bersuara bagi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Bagaimana dengan perkembangan filem Azura 2011?
Setakat ini kami baru habis lakukan 12 babak, dan masih belum menjalankan penggambaran di Malaysia. Penggambaran akan dilakukan semula selepas Abang Aziz M. Osman selesai menunaikan umrah nanti.
Shahz juga sibuk dengan penggambaran Asmara 2, jadi mungkin dalam bulan April ataupun Mei kami akan sambung penggambaran semula. Saya memang teruja untuk berlakon filem ini, kerana ia merupakan lakonan pertama saya.
FOTO: Ihsan majalah WANITA
Sumber : majalah mangga

Like dan komen la sikit

Diabetes pembunuh mengejut ?

Kematian mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008 memeranjatkan ramai orang.
Tidak terkecuali Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom, 50, dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, pada tahun 2009.
Kesemua mereka meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.
Biarpun begitu, petanda awal kepada serangan jantung itu sudah diduga kerana masing-masing merupakan penghidap diabetes.

Perkara tersebut diakui oleh Ketua Endikronologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Nor Azmi Kamaruddin.
Jelas Nor Azmi, selain daripada kesan fizikal seperti gangren iaitu anggota tubuh mati atau membusuk akibat diabetes, penyakit itu juga menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain.
“Ramai orang yang hanya mengaitkan diabetes dengan kesan buruk yang berakhir dengan kaki pesakit terpaksa dipotong. Namun, hakikatnya ia boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi buah pinggang, katarak mata, sakit jantung dan serangan angin ahmar,” kata Nor Azmi.
Menurut kajian di Amerika Syarikat, sakit jantung yang berpunca daripada diabetes merupakan sebab utama kematian di negara itu iaitu sebanyak 55 peratus. Sebanyak 10 peratus pula kematian disebabkan angin ahmar yang berpunca daripada diabetes.

Obesiti
“Statistik itu hampir sama jika dibandingkan dengan pesakit di Malaysia.
“Justeru anda seharusnya mengambil langkah yang penting bagi mengelakkan kedua-dua penyakit yang boleh meragut nyawa itu,” katanya ketika membentangkan hasil kaji selidik pesakit diabetes PPUKM di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam kaji selidik tersebut, pihaknya mendapati majoriti penghidap penyakit itu terdiri daripada mereka yang mengalami obesiti.
Perkara itu dibuktikan apabila 62 peratus responden dalam kajian tersebut adalah terdiri mereka yang mengalami obesiti ketika pertama kali didiagnosis dengan diabetes.
“Pesakit yang mengalami obesiti dan berat badan berlebihan mempunyai risiko yang besar dalam menyebabkan komplikasi penyakit diabetes.
“Justeru perkara utama yang perlu dilakukan bagi mengelakkan penyakit jantung dan angin ahmar serta penyakit bahaya lain yang disebabkan oleh penyakit diabetes adalah dengan mengawal berat badan,” katanya lagi.

Kebimbangan terhadap penularan penyakit tersebut perlu diambil kira kerana kira-kira seorang daripada tujuh rakyat Malaysia merupakan penghidap diabetes.
Tambah Nor Amin, kaedah utama untuk menjauhkan diri daripada masalah diabetes adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Bukan sahaja dengan mengawal makanan yang diambil bahkan bersenam sebagai kaedah pencegahan.
“Jika kita mengubah gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sekarang, ini bermakna statistik obesiti dan penyakit diabetes di negara ini akan menurun dalam tempoh 20 tahun lagi.
“Memang payah untuk mengurangkan berat badan dan mengawal diabetes. Tetapi dengan kaunseling yang betul dan intervensi gaya hidup, hal ini boleh diatasi,” katanya.
Jelas Nor Azman lagi, ibu bapa seharusnya peka terhadap masalah obesiti dalam kalangan anak-anak kerana masalah obesiti di peringkat umur tersebut sukar dikawal kerana faktor perkembangan sel.
Berbeza pula seseorang yang mengalami kegemukan pada usia dewasa kerana ia kurang melibatkan penghasilan sel lemak baharu.
“Kegemukan pada usia kanak-kanak melibatkan penghasilan sel. Justeru adalah begitu sukar untuk mengurangkan berat badan mereka.
“Berbeza pula bagi golongan dewasa kerana kegemukan berlaku akibat pembesaran saiz sel tersebut dan lebih mudah untuk menurunkan berat badan,”

**Sumber dari petikan kosmo (kesihatan)**



Like dan komen la sikit

Sotong "messi" pilih Barcelona.

SOTONG kurita yang bernama Messi nerada di atas dua bekas yang berlogo kelab bola sepak Real Madrid dan sebuah bekas tertera logo kelab bola sepak Barcelona

Sepanyol - Seekor sotong kurita yang bernama Messi meramalkan kelmarin bahawa kelab bola sepak Barcelona menang mengatasi Real Madrid dalam perlawanan bola sepak (El classico) pada Sabtu ini. Sotong kurita yang bernama Messi berada di atas dua bekas yang berlogo kelab bola sepak Real Madrid dan sebuah bekas tertera logo kelab bola sepak Barcelona.
Sotong itu diberi nama Messi sempena nama bintang bola sepak dari Argentina, Lionel Messi.
Haiwan itu meramalkan pemenang dengan memilih sardin yang akan dimakan dari dalam sebuah botol yang mempunyai logo Barcelona di Akuarium Sea Life di sini.
Barcelona akan menentang Real Madrid di tempat sendiri.
Pada Pusingan Akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, seekor sotong kurita bernama Paul menjadi terkenal dengan meramalkan dengan tepat semua keputusan perlawanan yang melibatkan skuad Jerman termasuk perlawanan akhir yang dimenangi Sepanyol.
Paul yang hidup di akuarium di Oberhausen, Jerman mati pada 26 Oktober 2010. 
**sumber dari AFP **

Like dan komen la sikit

Keluarga memiliki 2 alat kelamin???

 Keadaan “aneh” dilaporkan dialami tiga ahli satu keluarga di sebuah kampung di daerah Tegal, Jawa Tengah, di sini kerana masing-masing memiliki kedua-dua alat kelamin perempuan dan lelaki.
Yang tua sekali hanya dikenali sebagai Santi berusia 23 tahun sudah pun menjalani pemeriksaan di hospital yang mengesahkan “keadaan tidak jelas” mengenai alat kelaminnya, manakala dua anak saudaranya, Zakaria dan Topan, masing-masing berumur lapan dan satu tahun belum diperiksa.


Gambar hiasan
Doktor yang memeriksa Santi, Dr Silvan Wahyudi dari Pusat Kesihatan Masyarakat Bumijawa berkata kes Santi telah dirujuk ke hospital daerah untuk ujian makmal dalam menentukan jenis hormon yang lebih dominan dalam tubuhnya.
Bagaimanapun pemeriksaan secara fizikal mendapati Santi memiliki dua alat kelamin yang sama-sama berfungsi dan doktor memberitahu Santi boleh memilih jantina dikehendakinya melalui pembedahan.
Akhbar harian Kompas, dalam laporannya hari ini memetik Dr. Silvan sebagai berkata bahawa ibu Santi, Poniah, 46, memberitahu semasa dilahirkan Santi berkelamin perempuan namun setelah berusia sembilan bulan alat kelamin lelakinya mula kelihatan.
Gambar Hiasan
Santi sendiri diberitakan melalui pengalaman pahit dipukul oleh orang ramai kerana didakwa menyamar sebagai perempuan apabila dia menyertai pelajar perempuan semasa pengajian di sekolah.
Dia lebih suka memilih menjadi perempuan kerana setiap bulan mengalami kedatangan haid dan alat kelamin lelakinya tidak “sempurna” namun suara seperti lelaki dan payu daranya pula tidak kelihatan.
Laporan itu menyebut bahawa Zakaria dan Topan, anak-anak kepada sepupu Santi, mengalami keadaan hampir serupa tetapi bagi Zakaria alat kelamin perempuannya mula ”tertutup” manakala alat kelamin lelakinya juga ”tidak sempurna”.
Dr Silvan berkata keadaan yang dialami Santi dan dua orang anak saudaranya itu adalah disebabkan faktor genetik. 
**Sumber dipetik dari Bernama**

Like dan komen la sikit

Tuesday 6 December 2011

Anjing Paling Tua mati

Tergerak hati nak ceritakan tentang berita pasal  seekor anjing paling tua di dunia yang diiktiraf oleh Guinness Book of World Records, Pusuke mati ketika berumur 26 tahun di Sakura, wilayah Tochigi, utara Tokto kelmarin (26 tahun? panjang tol umur die...).

Inilah rupa Pusuke ketika keluar bersiar bersama tuannya
Berdasarkan fakta, umur anjing itu dianggap sama dengan usia 125 tahun manusia.
Menurut pemilik haiwan itu, Yumiko Shinohara menyatakan anjingnya (Pusuke) kurang selera makan sebelum ia dikatakan mati.
Shinohara juga menceritakan, pada Isnin lalu, Pusuke dilihat enggan makan dan kelihatan mengalami masalah kesukaran bernafas. Menyebabkannya kelihatan murung untuk beberapa hari sebelum ditemui mati.
Pusuke dikatakan mati pada waktu tengah hari, iaitu lima minit selepas pemilik anjing tersebut pulang ke rumah.
Note - Kucingku (torres) dalam proses melahirkan anak sekarang..heheheh...

Like dan komen la sikit

Taman Legoland di Malaysia?

Haaa...Ni ade 1 'entry' yang aku nak kongsi dengan korang yang membaca di OrkidTulip ni.. Korang pernah dengar tak tentang 'Legoland Park' atau dalam melayunya (skema tak) sebagai Taman Legoland. Bunyi cam pelik kan, permainan lego yang budak-budak kecik main tu diorang dijadikan konsep untuk sebuah taman tema.


 Dengar cerita (ce citer, ce citer) pembikinan projek taman tema ini dijangka siap beroperasi pada akhir tahun 2012 dengan menampilkan sebanyak 7 taman temadengan 50juta blok lego digunakan bagi menghasilkan 15000 model yang akan dipamerkan disitu.. Dikatakan kos pembinaannya bernilai RM720 juta dengan keluasan kawasan seluas 31 hektar di Medini North, Hab Gaya Hidup Iskandar, NUSAJAYA (untungla orang2 Johor). Tiket pula dianggarkan berharga RM195 (dewasa) dan RM150 (kanak) dan dikenali sebagai pas tahunan (setahun boleh main). Buat masa ni, Legoland Malaysia juga adalah merupakan taman tema lego pertama di asia (hebatla jugak).
Note - Pokailah mak bapak pasni anak diorang nak pergi legoland je..

Like dan komen la sikit

Nazmi tewaskan Safee Sali??


POPULARITI diraih pemain tengah muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor bukan setakat di padang bola, malah mendapat perhatian di laman sosial. Hasil tinjauan Sinar Harian mendapati Fan Page Facebook Nazmi berjaya mengatasi Fan Page Facebook penyerang Pelita Jaya FC, Safee Sali biarpun anak jati Lembah Keramat itu mula dikenali sejak penampilan pertama berdepan Thailand dalam saingan Sukan Sea Jakarta, bulan lalu. Setakat jam 8 malam semalam, jumlah peminat yang like Nazmi adalah sebanyak 93,825 berbanding 73,690 like diterima Safee. 
Sementara itu, Fan Page Facebook penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang pernah mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat awal tahun ini sudah menjangkau 78,052 like. Untuk info, Nazmi kini mewakili pasukan Harimau Muda B yang pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini. Malah, tahun 2011 memberikan saat manis buat Nazmi apabila memenangi pingat emas Sukan Sea Jakarta dan terbaru jaringan golnya sewaktu berdepan Bahrain pada kempen kelayakan Sukan Olimpik London 2012 diiktiraf sebagai gol ketujuh tercantik di dunia minggu lalu.
*sumber berita dari sinar harian 6 disember 2011*
Note - Friend aku pun x sampai seribu...hahaaha...
Like dan komen la sikit

Ajal Dengan Facebook


Nona (kiri) mati akibat dibunuh lelaki yang dikenalinya di dalam laman website facebook
Citan-citanya adalah untuk berkhidmat dengan Jabtan Kebajikan Haiwan. Namun lain jadinya apabila beliau yang ketika itu berusia 18 tahun dikatakan telah diumpan dan ditemui mati di selatan-barat Sydney. Beliau dikatakan berkenalan dengan seorang lelaki melalui lawan sosial Facebook. Menurut sumber, lelaki tersebut memperkenalkan diri sebagai pekerja untuk kumpulan kebajikan haiwan. Christopher James Dannevig, 20, menghadapi pertuduhan di Mahkamah Bail Parramatta hari ini,. Di luar rumah keluarga di Cecil Hills, abangnya, Gary, 20, berkata matlamat adik perempuannya itu sejak zaman kanak-kanak adalah untuk bekerja dengan haiwan.
wajah abang Nona kelihatan sugul selepas perbicaraan
Mangsa dikatakan berhubung dengan suspek yang menjemputnya untuk mengikuti satu kursus kajian haiwan di sini. Beliau dikatakan gembira apabila Encik Dannevig, yang dia kenali melalui Facebook, menawarkan pengalaman kerja di Jabatan Kebajikan Haiwan di sini.  Encik Dannevig didakwa memperkenalkan diri sebagai pengurus di pusat kebajikan haiwan tersebut. Beliau memberitahu mangsa , yang mangsa boleh mendapatkan pekerjaan di situ. Menurut bapa mangsa, Mr. Belomesoff, mangsa (Nona) amat mengasihi haiwan dan ini menyebabkan dia memilih untuk menerima jawatan itu.  Encik Mr. Belomesoff lagi, suspek memberitahunya mereka akan menyertai satu kursus perkhemahan penjaga haiwan semalaman untuk penyelidikan habitat di Campbelltown. Polis mendapati badan mangsa terdampar di katil Rizab kira-kira 9:40 pada hari Jumaat. Menurut bapa mangsa juga, Nona tidak pulang ke rumah seperti yang dirancang pada pagi Khamis sebelum keluarganya menghubungi polis. Keluarga mangsa juga dilaporkan menghubungi Jabatan Kebajikan haiwan tersebut tetapi mereka mendakwa tidak tahu apa-apa dan tidak mengenali lelaki bernama Encik Dannevig (suspek). Pada profil Facebook suspek, terdapat akaun Nona sebagai rakan.
Profil suspek juga dikatakan tertulis telah bekerja di Discovery Channel sejak tahun 2006 dan tamat sekolah di''Ingelburn [sic]''Sekolah Tinggi pada tahun 2008. Di luar rumah keluarga, rakan-rakannya Fiona Voon dan Julie Kung bercakap dgn nada suara yang sedih. "Dia benar-benar lucu, dia akan membuat semua orang ketawa.''kata Fiona. "Beliau adalah orang yang sangat lembut dan mencintai haiwan, terutamanya kuda''.
Dannevig (suspek) akan muncul di Mahkamah Campbelltown Tempatan pada hari Khamis. 
Note - hati2 lah jika ber'fesbuk' tu..

Like dan komen la sikit

Monday 5 December 2011

Perhatian!!! Mesti baca ini.

Notis Penting!!!
Sebarkan kepada wanita yang anda kenali!!

-gambar hiasan-
Kebelakangan ni, sebahagian kawasan di Kuala Lumpur gempar dengan tragedi mengerikan dan hampir berlaku setiap hari. Dikhabarkan ada seorang pengamal ilmu hitam berkeliaran di kota Kuala Lumpur dan sebahagiannya lembah Klang, Selangor. Sasarannya adalah wanita tidak kira muda, tua , paras rupa, dan bentuk badan. Pengamal ini dikatakan berhasrat mendapatkan darah dari kalangan wanita-wanita dan kadang kala kaum lelaki juga bagi memperkuatkan ilmunya.Pihak Polis dapat mengesannya, namun kerana kesaktiannya pengamal tersebut dapat menghilangkan diri sekelip mata. Cara pengamal tersebut gunakan adalah dengan memasuki setiap celahan dinding atau bumbung rumah dengan menjelmakan diri seperti nyamuk dan akan mendapatkan darah mangsanya dengan cara sedutan-sedutan syaitannya. Dikhabarkan pihak polis juga telah bekerjasama dengan pengamal perubatan tradisional untuk menjejaki lelaki ini namun tidak berjaya disebabkan kekuatan ilmu hitamnya. Bagi wanita yang tidur bersendirian, dengan mengunci pintu shaja bukan lah caranya untuk terselamat dari pengamal ilmu hitam ini. Ini kerana, dengan menutup pintu rapat pertolongan tidak dapat dilakukan oleh mana-mana ahli keluarga.. Namun, baru-baru ini dikhabarkan satu penyelesaian mujarab dapat digunakan iaitu dengan menggunakan :

RIDSECT (mosquitos)
Cara : pergi kedai beli dan sembur sahaja dimana2 tempat yang anda suka.
Note - HahaHAhahAHAaa..(Jangan marah yerk)
Like dan komen la sikit

KL Gangster

Mengadap harian metro tadi, terlintas pulak rasa nak 'share' dengan kawan-kawan tentang satu kes ni akibat selisih bahu di tandas sebuah kelab malam , 2 mangsa parah ditetak(betul2 KL gangster ni). Sumber mengatakan 1 kumpulan samseng berselisih bahu dengan seorang pelanggan pusat itu.

- gambar hiasan - 
 Mangsa berusia 20an dikatakan memohon maaf atas sebaik pelanggaran itu, namun suspek tidak mengendahkan dan terus memaki hamun mangsa (nama pun samseng). Pertengkaran tersebut didengari oleh majikan pusat tersebut dan ditenteramkan namun tidak diendah kan. Berikutan itu, pengurus tersebut mengarahkan anak buahnya menghubungi polis, namun kumpulan samseng tersebut terus mengamuk dengan melibas parang dan pisau ke arah mangsa dan pekerja kelab malam tersebut menyebabkan kecederaan parah di muka dan kepala. Dikatakan, pengurus tersebut turut diugut oleh salah seorang samseng tersebut dengan mengacukan pistol jika membantu (pistol yang aku sensitif ni). Samseng tersebut beredar setelah puas membelasah mangsa dan beikutan itu, pengurus tersebut membuat laporan polis di IPD Sentul (cara terbaik). Wassalam...
Like dan komen la sikit

Kemalangan Mewah

Seperti di dalam filem Hollywood bila berlakunya perkara seperti ini. Kali ini adalah tentang kemalangan 'mewah' yang berlaku di Tokyo, Japan dimana satu tragedi kemalangan yang membabitkan 11 buah kereta mewah jenis Ferrari (8), Lamborghini (1) dan Mercedez(2) secara bertindih-tindih (ni lumba haram ke ape?).
Sumber mengatakan punca kemalangan adalah disebabkan salah sebuah kereta tersebut cuba menukar laluan namun gagal dan terus melanggar pembahagi jalan. (yang lain pun ape lg, rempuh belakang la secara berjemaah). Kumpulan konvoi ini dikatakan ingin ke satu destinasi berhampiran Hiroshima. Walaubagaimanapun, kemalangan tersebut tidak membawa kepada kematian, kerana 10 orang dari 12 pemandu itu kini hanya mendapatkan rawatan dan mengalami cedera ringan sahaja ( 2orang lg tu kebal ke??).
Note - Apa2 pun, yang penting hati2 lah di jalan raya...Wassalam..
Like dan komen la sikit

Lagi Buang Bayi

Terbaca satu petikan dari sumber bacaan tadi, tentang helah seorang pelajar mengadu sakit perut kepada keluarganya terbongkar apabila didapati dia sebenarnya baru melahirkan seorang bayi perempuan di rumahnya diPalong Timur 4. (Ish ish, tak kan lah dalam masa 9 bulan tu "parent" die  tak perasan langsung perubahan fizikal anak dia ni)... 
- Gambar hiasan - 
Malah pelajar tersebut baru sahaja berumur 15 tahun (PMR pn x keluar result lg).. Semasa di klinik, doktor memberitahu keluarganya yang pelajar tersebut baru melahirkan anak , lalu terus mengarahkan jururawat menyisasat rumah pelajar tersebut dan menemui seorang bayi yang telah mati di bawah katil.(jururawat pulak ke jadi polis penyiasat ni?). Berikutan itu, polis kini sedang giat mengesan seorang buruh shairol jahari@merong, 24, dengan kad pengenalannya bernombor 870731-01-5847 di alamat terakhirnya no.44 Kampung Mensudut Lama, Buloh Kasap untuk membantu siasatan.(ni kes yang ke berapa da ye??).Wassalam...

Like dan komen la sikit

Ombak Rindu Atasi "Breaking Dawn" ??

Penerbitan sebuah filem berdasarkan dari sebuah novel terkenal selepas tercetusnya era "lagenda budak setan" barubaru ni mencetuskan ura-ura hebat. Dari sumber yang boleh dianggap tepat mengatakan filem lakonan aktor terkenal Aaron Aziz , Maya Karin & ramai lagi telah mengutip keuntungan sebanyak Rm750,000 pada hari pertama tayangannya dan mengatasi filem hollywood Twilight Saga "Breaking Dawn" (part 1).

Boleh dianggap hebat juga lah, sebabnya di Malaysia ni dah boleh dianggap The twilight ni antara filem digilai remaja2 masa kini... Bahkan lagi di luar negara..Namun, itulah prinsip kita..filem kita, siapa lagi nak support kan.. Tahniah la buat Tarantella Pictures Sdn Bhd..
Note - korang da pg tengok ke?? (*_*)
Like dan komen la sikit

Sunday 4 December 2011

Sejenak berfikir...

Sejenak kita berfikir dengan akal yang waras, bagaimanakah perasaan, keadaan, tingkah laku kita jika baginda Rasulullah S.a.w berada di sisi kita.. mudah-mudahan kita beroleh manfaat dengan setiap apa amal yang kita kerjakan dan Allah s.w.t mengampunkan dosa2 kita yang telah lalu..Wassalam...

Like dan komen la sikit

Ustaz Azhar - 17 Disember 2011 (Sabtu)

Salam kalian..Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnianya saya masih lagi dapat kemaskini kan info2 buat sahabat2.. Kali ni, berkenaan dengan seorang penceramah terkenal (kelakar & menyeronokkan) dari Terengganu iaitu Ustaz Azhar Idrus. Beliau akan hadir memberikan ceramah pada 17 Disember 2011 di Masjid Al-Hassanah, Bandar Baru Bangi, Selangor (bersebelahan mahkamah syariah baru). Ingin maklumat lanjut berhubung perkara tersebut, boleh lah terus melayari laman sesaawang ustaz di ustazazhar.netJika ada kelapangan, apa salahnya ringankan badan untuk ke masjid ..hehehe..InsyaAllah, kita bertemu di sana ok..Wassalam...

Like dan komen la sikit

Sajak Perkenalan



PELUDAH BAHASA

Ketika lahir jeritnya amat mesra-hening suara bayi pertama.
Neneknya pengagum hikayat Tuah membisik iktibar ke telinganya.
Datuknya pencinta Siti Zubaidah bersyair merdu ke qalbunya pula.
Doa dan janji di sanubari inilah cucunya kebanggaan dasa-
insan harapan kerdip pertama yang bakal bersinar sebagai pendakwah.
Ketika bertatih di sisi buaian gelincirnya cepat disantunkan.
Ayah dan ibunya cekal berazam anak termanis di hemah Ramadan.
Diasuh ia menjadi wira dan tidakpun dikira ke bidang mana.
Pada hembusan angin di bukit amat merdu terdengar ia menjerit:
Penyegar budi pilihan pertama, penyemai bakti di qalbu desanya.
Ranum di dalam dan di luar negara menjalar akar benih ilmunya;
pergaulannya alam tak berbatas bertingkat cepat dirinya ke atas.
Pada kempen “bersih-cekap-amanah” terhantar ia ke tampuk kuasa;
masih diingat pesan nenek tentang Tuah; saran datuk tentang Zubaidah.
Sebaik menyingsing SatuMalaysia mula terbelah percik mimpinya.
Tapi, kuasa tersangat nikmatnya-darjat dan harta sebuah buana.
Lalu, dalam lagu gema ternyaring giginya berubah menjadi taring.
Leluhurnya kini damai di kubur, dan sayang, dirinya meruncing takbur.
Terakhir, dengar kisah lupanya – semua dangkal kecuali dirinya.
Terakhir, merebaklah bongkaknya sebagai peludah bahasa Ibunda.
Tak lagi dirinya budayawan desa, pembela bahasa tidak juga.
Kini dia niagawan haloba pemburu kuasa paling selesa.
Memang bukan lagi cucu desawan; segebu dirinya kuasawan.
Dilupa Syair Siti Zubaidah dan tidak dikenal Hikayat Hang Tuah.
Sangatlah selesa dan bangga-dirinya tulen peludah bahasa.


- A.SAMAD SAID

Like dan komen la sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...