Istimewa kepada peminat2 Neelofa, ini ada beberapa petikan dialog antara beliau dan wartawan majalah.
Dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan cinta yang terjalin antara aktres Maria Farida dan Shahz Jaszle, nama Neelofa sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan ini tercalar. Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa binti Mohd Noor, bukan sahaja dijadikan penyebab keretakan hubungan pasangan itu, malah dia juga dikatakan sedang bermain cinta bersama Shahz Jaszle. Hubungan yang terjalin sewaktu mereka sama-sama menjayakan penggambaran filem terbaru arahan Aziz M. Osman, Azura 2011 itu dikatakan menjadi intim lantas membuatkan shahz Jaszle memutuskan hubungannya bersama Maria Farida setelah enam bulan mereka menjalinkan hubungan cinta. Selain itu, Shahz juga dikatakan sanggup memandu seorang diri untuk bertemu Neelofa di Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut hari lahir wanita itu dan ia sekali gus menjadi punca Maria Farida menolak untuk bergandingan dengannya semula dalam drama bersiri, Asmara 2. Ini antara dialog mereka....
Menyangkal seratus peratus dakwaan yang mengatakan dia menjalinkan hubungan bersama Shahz, Neelofa yang mesra di sapa Lofa itu menegaskan hubungannya dengan Shahz tidaklah serapat mana. Apa sebenarnya hubungan antara Shahz dan lofa?
Saya tiada apa-apa hubungan dengan Shahz, apatah lagi kami baru sahaja berkenalan sewaktu di Paris tempoh hari. Sebelum ini saya tidak pernah mengenali Shahz. Saya baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasih saya, pada awal Januari yang lalu, jadi tidak mungkin dalam masa terdekat ini saya boleh menerima cinta daripada orang lain.
Lofa tahu Shahz kekasih Maria Farida?
Saya tahu, dan saya tahu hubungan mereka sudah mula berantakan sewaktu Maria Farida tidak membenarkan Shahz menerima tawaran filem Azura 2011 ini. Ini bermakna sebelum Shahz ke Paris, mereka sudah mula bergaduh dan hubungan mereka sudah renggang. Walaupun begitu,saya tidak pernah ambil kisah ataupun bertanya pada Shahz tentang hubungan mereka, walaupun sering saja lihat Shahz bergaduh di telefon.
Maria ada hubungi Lofa?
Ada beberapa kali dia hubungi saya, yang pertama dia membuat panggilan menggunakan ‘private number’ dan kemudiannya hanya menggunakan sms tetapi saya tidak layan. Dia bertanya dengan cara baik dan bukan dalam keadaan marah-marah, iaitu sama ada betul saya bercinta dengan Shahz? dan saya sudah menerangkan perkara yang sebenar walaupun saya tahu dia tidak percaya kata-kata saya. Saya hanya bercakap benar, saya sudah beritahu semuanya. Selepas cerita ini keluar surat khabar Ahad lalu, dia tidak ada lagi menghubungi saya.
Benarkah Shahz Ke Pulau Pinang untuk sambut hari lahir Lofa?
Tidak! kalaulah boleh pihak produksi Asmara 2 mengeluarkan kenyataan, rasanya mereka setuju dengan kata-kata saya. Jadual Shahz penuh, jadi mana dia ada masa untuk datang ke Pulau Pinang semata-mata untuk sambut hari lahir saya sahaja.
Selepas pulang daripada Paris, Shahz dan Lofa masih berhubung?
Penggambaran kami masih belum selesai, jadi kami masih berhubung untuk menguruskan beberapa perkara yang berkaitan seperti urusan memulangkan pakaian tajaan, selain itu tiada. Cuma, selepas cerita ini keluar akhbar, Shahz ada hubungi saya supaya tidak terlalu memikirkan perkara ini kerana ia hanya gosip dan ia akan reda di kemudian hari. Dia juga minta maaf pada saya dan keluarga, kerana turut terkena tempias daripada gosipnya.
Secara jujurnya, bagaimana Lofa menerima gosip ini?
Saya seorang yang simple, senang berkawan dan mudah mesra, tetapi bila membabitkan sesuatu yang kurang enak pada kerja dan nama saya, sebolehnya saya akan cuba menjelaskan secara tegas tentang keadaan sebenar. Kalau kenyataan itu tidak benar, dan saya mempunyai hak bersuara, saya akan bersuara bagi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.
Bagaimana dengan perkembangan filem Azura 2011?
Setakat ini kami baru habis lakukan 12 babak, dan masih belum menjalankan penggambaran di Malaysia. Penggambaran akan dilakukan semula selepas Abang Aziz M. Osman selesai menunaikan umrah nanti.
Shahz juga sibuk dengan penggambaran Asmara 2, jadi mungkin dalam bulan April ataupun Mei kami akan sambung penggambaran semula. Saya memang teruja untuk berlakon filem ini, kerana ia merupakan lakonan pertama saya.
FOTO: Ihsan majalah WANITA
Sumber : majalah mangga
Like dan komen la sikit